hi semua.
here i am updating my life on my hidden online diary.
so as i've told before, i want to share with how i decided to choose CFS IIUM GAMBANG instead of YTP MARA UKM. haha.
first of all, aku sebenarnya tak berharap sangat untuk dapat ytp mara ni. srsly sebab aku memang apply semua scholarships yang aku rasa aku lepas min requirements, macam orang lain la kan. aku try to grab the chance yang ada dengan result spm aku yang alhamdulillah dapat membanggakan parents aku.
for your information, aku ni anak tunggal and parents aku bukan orang berada. parents aku didnt get the chance to further their studies into tertiary level pun dulu sebab orang susah. at this moment, ayah aku berusia 60 tahun dan mak aku 56. yeah so they have no experience untuk masuk universiti ni, tapi tahu lah sikit-sikit kan from sedara lain.
so it was real hectic to decide whice one is the best for me. either ukm or uia.
first benda aku buat lepas dapat offer daripada upu dan ytp mara ni. aku list kan pros and cons both program. 2 minggu aku amik masa untuk decide. aku buat table and differentiate both program, antara aspects yang aku buat adalah;
1) kewangan
2) kualiti
3) tempat
4) possibility
5) course
6) environment
7) silibus
8) parents
it was a bitter and hard decision to make. i cant tell if it is a sweet decision lagi right now sebab aku baru masuk uia ni seminggu. aku tak tipu. sampai menangis-nangis aku fikir. aku tau tak semua orang dapat peluang macam aku ni, and then aku tolak haha.
so aku akan tulis the pros and cons here;
1) kewangan
bab kewangan ni sebenarnya ikut family. untuk aku, i want to pursue in dentistry. so yup, it costs lots of money.
biasanya cost yuran untuk pursue in dentistry ni dalam 20k untuk ipta, tidak termasuk belanja, buku, kos perjalanan dan sbg. jadi roughly total semua benda utuk 5 tahun adalah dalam 40k+++.
and kalau cost untuk ipts dalam 400k. macam dalam perjanjian mara aku tu. dia total upkan loan aku adalah 418k dan hanya perlu bayar 10% sahaja kalau lulus, so dalam 40k jugak la sebenarnya. sama je.
yang bezanya, kalau aku pilih uia melalui upu, aku kena bayar yuran dalam tempoh aku belajar manakala kalau aku pilih ytp ukm, aku kena bayar lepas aku habis belajar. so kat sini kau akan nampak better ytp ukm sebab kau akan dapat elaun semua complete yuran dll time belajar. kau tak yah pening fikir susahkan parents kau la apa semua. sebab hutang tu kau akan bayar lepas dapat kerja guna gaji kau sendiri.
tapi kes aku pulak, sebab mindset parents aku taknak aku rasa terbeban dengan hutang yang banyak lepas belajar. dan risiko ytp ni, kau memang kena lulus kalau tak memang bayar full.
even kalau extent masa belajar pun kena bayar 50%. macam biasa lah, high risk, high return.
2) kualiti pembelajaran
jadi untuk aspek ni pula, memang orang ramai suruh aku pilih ukm sebab ukm top universiti malaysia. susah kot nak dapat! bukan calang orang boleh dapat.
pelajarnya semua berkualiti!
so aku pun buat la research pasal experience student asasipintar ni. and as expected mostly memang cakap asasipintar ni one of hardest foundation studies in malaysia. and ada sesetengah jugak yang cakap menyesal amik ukm ni. and i know myself more han anyone else, aku tau macam mana tahap dan cara aku study, so it worry me a lot. sebab aku bukan lah top students masa sekolah dulu.
3) environemnt dan tempat
i would say kalau tempat tinggal, uia is better. sebab u takyah cari dah rumah sewa and just duduk hostel. even hostel dia pun selesa ad sangat jaga privacy. but yeah, its not macam ukm yang kat kl tula, u can go anywhere very easily there.
environment uia juga lebih selesa bagi aku dan uia juga masih ada biah solehah yang dijaga.
4) course.
ok so this one pun senaya base on individual tu sendiri. its either u wanna prioritize the course or he university. ada orang prioritize kan top uni than the course to pursue, and ada jugak orang focus on the course. and for me, i choose the course than university. tapi dua2 course sama sebenarnya huhu
5) possibility. aku ada baca kat apps X hahah even kalau kita terikat dengan mara pun, tak semestinya kita akan confirmed dapat tempat dalam course yang kita pilih tu. and tahun 2021, dalam 20+ students asasipintar ukm kena lelong ke course lain, walaupun dan lepas syarat perjanjian mara.
theres someone with pointer 3.76 pun tak lepas masuk dentistry ukm walaupun dan lepas syarat mara. sebab apa? idk maybe sebab interview koot. and interview dentistry in ukm ada banyak stages, antaranya kena buat origami or carving soap, kena interview face to face, dll tak ingat hehe.
and aku ada baca yang kalau kita masuk foundation uia ni, insyaAllah setapak untuk masuk course idaman kau sebab memang dia ambil ikut quota. CUMA mestilah ada interview and kena maintain deanlist kalau nak course critical macam medic and dentist. and i heard interview dia untuk tengok kau ni betul2 minat nak pursue or kena paksa ke apa. just interview cakap2 je as from what i heard la.
6) silibus
aku kecilkan scope silibus ni untuk asasi sahaja ye. jadi asasipintar vs asasi pergigian.
selepas aku buat research tentang experience alumni each uni. memang most writer from asasipintar akan cakap, situ agak sukar, lebih2 lagi silibus fizik.
dan aku pun baru tau yang silibus each university ni berbeza ikut tempat, dia buka macam sekolah yang semua sama guna buku teks yang sama tu.
selain tu, each subject yang kita belajar time asasi pun slightly differ. contohnya,
asasipintar ni ada 2 semester klu tak silap, and you kena amik 6-7 subjects each sem. including you kena buat research, dengan jadual yang sangat pack. ukm juga perlu amik muet juga.
manakala, asasi pergigian uia pula terbahagi kepada 3 semester and you kena amik dalam 3-4 subjects each sem. and jadual dia tak pack sangat so you boleh focus more and the subjects. tapi kena amik arabic and english test in the orientation week, kalau exempted, tak perlu amik kelas arab or enlish or even muet lepastu.
untuk aku, aku rasa aku tak boleh bawa subject yang banyak dalam satu masa, dan aku agak lemah dalam fizik hmmm.
8) parents
before you decide to decline any sponsorship, actually you kena ambil tahu juga tentang kewangan parents you. sebab cost untuk sambung belajar ni sangat tinggi, dia bukan macam sekolah dulu. so choose wisely. kalau tak, i guarantee that you'll feel burden and guilty sepanjang you belajar and it could affects your study.
Comments
Post a Comment